A short report
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia sekolah telah ditubuhkan pada tahun 2001. Pasukan ini telahpun menuju ke tahun yang kelima.
Objektif pasukan ini adalah untuk membentuk pelajar supaya peka terhadap isu-isu keselamatan dan kemanusiaan. Di samping itu, kami juga bertujuan menjadikan insan lebih menghayati sahsiah yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek dengan penuh keyakinan.
Matlamat kami adalah untuk memberi pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal tentang kebombaan. Ia merupakan agen kesedaran kepada sekolah dan masyarakat tentang bahaya, bencana dan kecuaian manusia.
Perjumpaan pasukan kami diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Aktiviti yang kami jalankan ialah kawat kaki, peralatan bomba, tali-temali, teknik proses menyelamat dan sebagainya.
Akitiviti tahun 2005:-
Pengambilan ahli baru
Meraikan Hari Kadet ke-5
Mengadakan kem kursus di kawasan sekolah
Pergi Jungle Trekking
Mengadakan perkhemahan Gabungan
Menghadapi peperiksaan kebombaan
Mengadakan latihan kebakaran “Fire Drill” dengan pihak Bomba di sekolah
Akhir kata, kami berharap pasukan ini akan berkembang pada tahun-tahun yang akan datang. Dengan kesempatan ini, Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat SMJK Chong Hwa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jurulatih Bomba,
Encik Mohd Noor dari Balai Bomba Setapak, guru penasihat, Encik Lee Bok Gui serta pihak sekolah yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada kami.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK MENYELAMAT.”
“MENCEGAH DAN MENYELAMAT.”